Friday, 14 October 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa 3


10. Bentuk Jamak

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
(a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan 
     sebagainya.

( b)penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah
kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.

( c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan   
sebagainya.

(a)  pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.

2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.Misalnya:
(a)        *dua buah keretakereta (salah)
              dua buah kereta (betul)

(b)        *semuapelajarpelajar(salah)
              semua pelajar (betul)

(c)        *para pemudipemudi (salah)
              para pemudi (betul)

3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
 *Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
   Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul)

4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata  
    nama tidak perlu diulang. Misalnya:
( a )* Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
         Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)

( b )  *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
                    Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)
11 Hukum DM

1.    Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.

2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.Misalnya:
(a)        *"lainlain hal(salah)                       halhal lain (betul)

(b)        *Malik kedai runcit (salah)              kedai runcit Malik (betul)

(c)        *goreng pisang (salah)                  pisang goreng (betul)

(d)        *cili sos (salah)                            sos cili (betul)

(e)        *mini estet(salah)                        estet mini (betul)

 
12 Frasa Adjektif

1.    Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
    Contohnya: sangat besar atau besar sekali.

3.  Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif   
sekaligus. Misalnya:
             Ubat itu sangat pahit betul.  (salah)
             Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)

             Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
             Soalan inilah yang paling sukar. (atau)Soalan inilah yang sukar sekali.(betul)

4.     Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,kata    
 penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a)        *Asmah mendapat marka  yang paling terbaik. (salah)
                         Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)

(b)        *Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah)
                        Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)

5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
 (a)       *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
                        Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)

(b)         *Kami benci sikapnya itu. (salah)
                          Kami benci akan sikapnya itu.(betul)


 
13 Frasa Kerja Tak Transitif

1.    Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.

2.    Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi  
     kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan    
     yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya:
(a)        *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
                        berdasarkan keterangan ini (betul)

(b)        *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)

3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)        *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
                        Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)

          (b)        *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
                        Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
 

14 Frasa Kerja Transitif

1.    Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

2.    Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain         
     tidak boleh disisipkan. Misalnya:
(a)        *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
                        Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(b)        *Dia membeli banyak buah.(salah)
                        Dia banyak membeli buah. (betul)

(c)          *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
                          Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
                          Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
 

15 Frasa Kerja Pasif

1.    Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut   
bentuk terikat.
2.    Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri          
dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:
(a)       *Surat itu saga akan balas.(salah)
             Surat itu akan saga balas. ( betul)

(b)        *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
    Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
                 Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)

3.    Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh  
disamakan. Misalnya:
(a)        *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
              Buku itu saya baca. (betul)

(b)        * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
     Mejaineja itu kami susun. (betul)

(c)        *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
   Nota itu kamu tulis? (betul)

4.    Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:
(a)        *Dinding itu dia conteng. (salah)
              Dinding itu diconteng olehnya. (betul)

(b)         Drama itu mereka persembah­kan. (salah)
   Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
 
16.Ayat Tergantung

1.    Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2.    Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan  ayat.

3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti  
    yang berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)   
  Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negara-negara)

4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti  
    yang berikut.
(a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
       Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)

(b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
                 Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau
                 Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)

5.    Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti  
yang berikut.
(a)  *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.
      (tidak ada subjeknya)
Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.                   
                (Subjeknya:Keterangan ini)
(b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
            Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)

     ( c ) *Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)
              Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

Analisis Kesalahan Tatabahasa 2


9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat

1.    Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya  
tetapi berlainan maknanya.

2.    Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3.  Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan  
     salah dalam ayat.
Kata dan Keterangannya
Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah
i.              Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

ii.             Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak khusus.

iii.            Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.

Salah
(a)  *Apakah benar ceritamu itu?

(b)  *Apakah Ali datang semalam?

(c)  *Apakah kamu bermimpi?

Betul
(a)  Adakah benar ceritamu itu?

(b)  Adakah Ali datang semalam?

(c)  Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai
i.              Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang.

ii.             Kata ramai pula mempunyai     
Hubungan dengan keadaan Huh-rendah, riang, gembira, meriah, serbagist, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.

iii.            Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai.     

Salah
(a)* Ramai orang yang Nadir dalam  
       majlis itu.

(b) *Tidak ramai orang yang suka akan  
       ikan air tawar

(c )*Sudirman mempunyai peminat yang  
      ramai.

Betul
(a)  Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.

( b) Tidak banyak orang yang suka akan  
       ikan air tawar.

( c) Sudirman mempunyai peminat yang
      banyak.

Boleh dan Dapat
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.

ii Kata dapat pula lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan
keupayaan atau kemampuan.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata dapat diganti dengan
kata boleh.
Salah
(a)*Adik saya sudah boleh menungang  
       basikal.

( b) *Dia tidak boleh Nadir kerana  
       deman.

( c) *Saya tidak boleh berlari kencang   
      kerana badan saya gemuk.

Betul
(a)  Adik saya sudah dapat menunggang basikal.

(b)  Dia tidak dapat Nadir kerana demam.

(c) Saya tidak dapat berlari kencang
     kerana badan saya gemuk.
Bukan dan Tidak
i. Kata bukan dan tidak tergolong
dalam kelas kata nafi untuk
membentuk ayat nafi.

ii. Kata bukan tidak boleh digunakan
apabila frasa adjektif atau frasa
kerja menjadi predikat ayat.

iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna-
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.
Salah
(a)  *Beg ini bukan berat.

(b)  "Adik bukan tidur di bilik.

(c)  *Dia bukan menulis surat.

Betul
(a)  Beg ini tidak berat.

(b)  Adik tidak tidur di bilik.

(c)  Dia tidak menulis surat.
Golong dan Gulung
i. Kata golong boleh diberi imbuhan
menjadi menggolongkan, tergolong,
golongan, dan penggolongan. Tiap-
tiap kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan
menjadi bergulung, mengulung, ter-
gulung, dan gulungan.
iii. Kata golong dan gulung ini sering
salah digunakan dan salah dieja
kerana seakan-akan sama bentuknya.
Salah
(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
(b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
(d) *Kakak sedang menggolong tikar.
Betul
(a) Golongan petani memerlukan bantuan.
(b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
(d) Kakak sedang menggulung tikar.
Menonton dan Menuntun
i. Kata menonton bererti melihat
sesuatu pertunjukan. Selain itu,
ada pula kata mempertontonkan,
tontonan, dan penonton. Setiap kata
ini berbeza maknanya.

ii. Kata menuntun pula bererti me-
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya.

iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama.
Salah
(a)  *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.

(b)  *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.

(c)*Filem Mandarin semakin kerap  
     menjadi tuntunan kita.

(d)*Para penuntun bersorak apabila  
    Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Betul
(a)  Kami menonton televisyen sehingga larut malam.

(b)  Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.

(c)  Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.

(d)  Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.
Pedalaman dan Pendalaman
i. Kedua-dua kata ini berasal daripada
kata yang sama (dalam) tetapi
berbeza maknanya.

ii. Pedalaman bererti kawasan yang
terpencil atau daerah yang jauh
dari perhubungan dan kemudahan.

iii. Pendalaman pula bererti usaha
mendalami atau mendalamkan.

iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.
 Salah
(a)  *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.

(b)  *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Betul
(a)  Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.

(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
Pendapat dan Pendapatan
i. Kedua-dua kata ini pun berasal
daripada kata yang sama (dapat)
tetapiberbeza maknanya.

ii. Pendapat bererti buah fikiran atau
pandangan.

iii. Pendapatan pula bererti hasil pen-
carian yang biasanya dihubungkan
dengan gaji atau upah.

iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.
Salah
(a)  *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?

(b)  "Pada pendapatan saya,penswastaan
      banyak membawa kebaikan.

Betul
(a)  Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?

(b)  Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.
Tembok dan Tembuk
i. Tembok bererti dinding atau
halangan yang dibuat daripada
batu. Kata ini boleh dibentuk
menjadi kata kerja menembok yang
bererti mendinding.

ii. Tembuk pula bererti tembus atau
berlubang. Kata ini pun boleh di-
bentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.

iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.
Salah
(a)  * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.

(b)  *Tapak kasut ini sudah tembok.

(c)  *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.

Betul
(a)  Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.

(b)  Tapak kasut ini sudah tembuk.

(c)  Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.