Thursday 24 November 2011

Suku kata

Rancangan Makropengajaran

Refleksi Makropengajran Bahasa Melayu Tahun 1


Terdapat seorang pelajar tidak hadir pada hari ini, saya akan menjalankan bimbingan apabila dia datang ke sekolah.Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Timbul masalah teknikal semasa murid menaipkan jawapan pada “ MS Excel”, tetapi ini tidak mempengaruhui proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat dua orang murid tidak menjawab soalan pada langkah ke3 kerana salah lihat huruf  “ i ” dan huruf  l ” pada papan kekunci . Ini disebakan huruf  “ i ” pada papan kekunci ditulis dengan “ l” bukan “ I” yang seperti mereka belajari.
Saya berpendapat objektif pengajaran saya dapat dicapai dan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.Ini dapat dikesan pada langkah peneguahn iaitu langkah ke-3. Naluri ingin menjawab soalan murid tingi. Murid-murid “ merebut-rebut”peluang menjawab dan soalan yang saya pamerkan dapat menjawab dengan betul dan tepat. Saya juga menggunakan teknik didik hibur iaitu nyayian pada set induksi dan penutup. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Saya tidak mengubah rancangan pengajaran saya semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran saya. Rancangan pengajaran yang saya rancangan boleh mengatakan sesuai dan tepat pada objektif dan murid juga melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Dengan bantuan peralatan ICT, proses pembelajaran dan pengajaran saya dapat dijalankan lancar. Saya menggunakan alat ICT seperti powerpoint,flash,video,visual sebagai alat bantu mengajar saya supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan.Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana murid didedahkan dengan audio,gambaran dan persembahan menarik. Murid  tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Dengan adanya ICT, saya dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran saya.
Proses pembelajaran dan pengajaran saya menimbulkan masalah teknikal semasa murid menaipkan jawapan pada “ MS Excel”, tetapi ini tidak mempengaruhui proses pembelajaran dan pengajaran saya. Di langkah peneguhan ini, terdapat dua orang murid tidak menjawab soalan pada langkah ke3 kerana salah lihat huruf  “ i ” dan huruf  “ l ” pada papan kekunci . Ini disebakan huruf  “ i ” pada papan kekunci ditulis dengan “ l” bukan “ I” yang seperti mereka belajari.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya tidak akan menggunakan teknik ICT iaitu menaip jawapan pada Ms excel pada langkah peneguhan. Saya dapati  murid yang tidak dapat menjawab soalan akan tidak menumpulkan perhatian, tidak sabar dan tidak ingin melihat paparan semasa rakan sekelasnya menaip jawapan. Selain itu, mereka juga berasa kecewa apabila mereka telah angkat tangan, tetapi tidak dapat peluang menjawab soalan.
Kelemahan dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran  ialah ketepatan masa. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dirancangkan, saya dapati masa yang digunakan untuk menjalankan pengajaran tidak seiring  iaitu lebih cepat lebih kurang sebanyak 9 minit. Hal ini mungkin pengajaran saya pada hari itu dijalankan dengan lancar walaupun timbul sedikit masalah teknikal. Saya akan merancangan rancangan pengajaran harian dengan aktiviti lebih rapat untuk penuhi masa waktu 30 minit atau menyediakan lembaran kerja untuk pelajar membuat di dalam kelas untuk memastikan semua pelajar telah menguasai kemahiran yang saya ajari.
Sekiranya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama,  saya masih akan memilih alat ICT sebagai alat bantu mengajar saya. Ini kerana manfaat daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan yang utama bagi sekolah SKM yang mengajar ini. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, melalui penggunaan ICT, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.
Jesteru itu, penggunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio dan video dalam proses pembelajaran dan pengajaran,  murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk tradisional.
Walaubagaimanapun, saya akan mengubah teknik ICT dalam langkah peneguhan kepada  menggunakan teknik  pertandingan pada langkah peneguhan. Saya akan membahagikan murid kepada empat kumpulan, kemudian murid a bertandingan untuk menullis perkatan yang mengandungi huruf vokal.Kumpulan yang menulis perkataan yang paling banyak akan mengjadi johan. Cara ini  supaya semua murid dapat melibatkan diri dan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok.








Bahan Makropengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

Friday 14 October 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa 3


10. Bentuk Jamak

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
(a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan 
     sebagainya.

( b)penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah
kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.

( c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan   
sebagainya.

(a)  pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.

2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.Misalnya:
(a)        *dua buah keretakereta (salah)
              dua buah kereta (betul)

(b)        *semuapelajarpelajar(salah)
              semua pelajar (betul)

(c)        *para pemudipemudi (salah)
              para pemudi (betul)

3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
 *Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
   Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul)

4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata  
    nama tidak perlu diulang. Misalnya:
( a )* Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
         Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)

( b )  *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
                    Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)
11 Hukum DM

1.    Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.

2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.Misalnya:
(a)        *"lainlain hal(salah)                       halhal lain (betul)

(b)        *Malik kedai runcit (salah)              kedai runcit Malik (betul)

(c)        *goreng pisang (salah)                  pisang goreng (betul)

(d)        *cili sos (salah)                            sos cili (betul)

(e)        *mini estet(salah)                        estet mini (betul)

 
12 Frasa Adjektif

1.    Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
    Contohnya: sangat besar atau besar sekali.

3.  Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif   
sekaligus. Misalnya:
             Ubat itu sangat pahit betul.  (salah)
             Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)

             Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
             Soalan inilah yang paling sukar. (atau)Soalan inilah yang sukar sekali.(betul)

4.     Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,kata    
 penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a)        *Asmah mendapat marka  yang paling terbaik. (salah)
                         Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)

(b)        *Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah)
                        Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)

5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
 (a)       *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
                        Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)

(b)         *Kami benci sikapnya itu. (salah)
                          Kami benci akan sikapnya itu.(betul)


 
13 Frasa Kerja Tak Transitif

1.    Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.

2.    Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi  
     kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan    
     yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya:
(a)        *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
                        berdasarkan keterangan ini (betul)

(b)        *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)

3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)        *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
                        Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)

          (b)        *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
                        Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
 

14 Frasa Kerja Transitif

1.    Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

2.    Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain         
     tidak boleh disisipkan. Misalnya:
(a)        *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
                        Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(b)        *Dia membeli banyak buah.(salah)
                        Dia banyak membeli buah. (betul)

(c)          *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
                          Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
                          Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
 

15 Frasa Kerja Pasif

1.    Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut   
bentuk terikat.
2.    Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri          
dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:
(a)       *Surat itu saga akan balas.(salah)
             Surat itu akan saga balas. ( betul)

(b)        *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
    Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
                 Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)

3.    Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh  
disamakan. Misalnya:
(a)        *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
              Buku itu saya baca. (betul)

(b)        * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
     Mejaineja itu kami susun. (betul)

(c)        *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
   Nota itu kamu tulis? (betul)

4.    Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:
(a)        *Dinding itu dia conteng. (salah)
              Dinding itu diconteng olehnya. (betul)

(b)         Drama itu mereka persembah­kan. (salah)
   Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
 
16.Ayat Tergantung

1.    Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2.    Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan  ayat.

3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti  
    yang berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)   
  Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negara-negara)

4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti  
    yang berikut.
(a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
       Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)

(b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
                 Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau
                 Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)

5.    Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti  
yang berikut.
(a)  *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.
      (tidak ada subjeknya)
Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.                   
                (Subjeknya:Keterangan ini)
(b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
            Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)

     ( c ) *Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)
              Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)