Thursday, 24 November 2011

Refleksi Makropengajran Bahasa Melayu Tahun 1


Terdapat seorang pelajar tidak hadir pada hari ini, saya akan menjalankan bimbingan apabila dia datang ke sekolah.Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Timbul masalah teknikal semasa murid menaipkan jawapan pada “ MS Excel”, tetapi ini tidak mempengaruhui proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat dua orang murid tidak menjawab soalan pada langkah ke3 kerana salah lihat huruf  “ i ” dan huruf  l ” pada papan kekunci . Ini disebakan huruf  “ i ” pada papan kekunci ditulis dengan “ l” bukan “ I” yang seperti mereka belajari.
Saya berpendapat objektif pengajaran saya dapat dicapai dan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.Ini dapat dikesan pada langkah peneguahn iaitu langkah ke-3. Naluri ingin menjawab soalan murid tingi. Murid-murid “ merebut-rebut”peluang menjawab dan soalan yang saya pamerkan dapat menjawab dengan betul dan tepat. Saya juga menggunakan teknik didik hibur iaitu nyayian pada set induksi dan penutup. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Saya tidak mengubah rancangan pengajaran saya semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran saya. Rancangan pengajaran yang saya rancangan boleh mengatakan sesuai dan tepat pada objektif dan murid juga melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Dengan bantuan peralatan ICT, proses pembelajaran dan pengajaran saya dapat dijalankan lancar. Saya menggunakan alat ICT seperti powerpoint,flash,video,visual sebagai alat bantu mengajar saya supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan.Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana murid didedahkan dengan audio,gambaran dan persembahan menarik. Murid  tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Dengan adanya ICT, saya dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran saya.
Proses pembelajaran dan pengajaran saya menimbulkan masalah teknikal semasa murid menaipkan jawapan pada “ MS Excel”, tetapi ini tidak mempengaruhui proses pembelajaran dan pengajaran saya. Di langkah peneguhan ini, terdapat dua orang murid tidak menjawab soalan pada langkah ke3 kerana salah lihat huruf  “ i ” dan huruf  “ l ” pada papan kekunci . Ini disebakan huruf  “ i ” pada papan kekunci ditulis dengan “ l” bukan “ I” yang seperti mereka belajari.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya tidak akan menggunakan teknik ICT iaitu menaip jawapan pada Ms excel pada langkah peneguhan. Saya dapati  murid yang tidak dapat menjawab soalan akan tidak menumpulkan perhatian, tidak sabar dan tidak ingin melihat paparan semasa rakan sekelasnya menaip jawapan. Selain itu, mereka juga berasa kecewa apabila mereka telah angkat tangan, tetapi tidak dapat peluang menjawab soalan.
Kelemahan dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran  ialah ketepatan masa. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dirancangkan, saya dapati masa yang digunakan untuk menjalankan pengajaran tidak seiring  iaitu lebih cepat lebih kurang sebanyak 9 minit. Hal ini mungkin pengajaran saya pada hari itu dijalankan dengan lancar walaupun timbul sedikit masalah teknikal. Saya akan merancangan rancangan pengajaran harian dengan aktiviti lebih rapat untuk penuhi masa waktu 30 minit atau menyediakan lembaran kerja untuk pelajar membuat di dalam kelas untuk memastikan semua pelajar telah menguasai kemahiran yang saya ajari.
Sekiranya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama,  saya masih akan memilih alat ICT sebagai alat bantu mengajar saya. Ini kerana manfaat daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan yang utama bagi sekolah SKM yang mengajar ini. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, melalui penggunaan ICT, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.
Jesteru itu, penggunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio dan video dalam proses pembelajaran dan pengajaran,  murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk tradisional.
Walaubagaimanapun, saya akan mengubah teknik ICT dalam langkah peneguhan kepada  menggunakan teknik  pertandingan pada langkah peneguhan. Saya akan membahagikan murid kepada empat kumpulan, kemudian murid a bertandingan untuk menullis perkatan yang mengandungi huruf vokal.Kumpulan yang menulis perkataan yang paling banyak akan mengjadi johan. Cara ini  supaya semua murid dapat melibatkan diri dan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok.








No comments:

Post a Comment