Sunday, 20 November 2011

Video Mikropengajaran

1 comment:

  1. REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
    Terdapat seorang murid tidak hadir pada hari ini.Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran seperti saya rancangkan. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul.
    KEKUATAN
    Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikro pengajaran ialah bahan bantu belajar yang cantik dan kemas. Dengan bahan bantu belajar seperti carta suku kata, gambar rajah dan kad suku kata yang disediakan , saya dapat menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Gambar yang berwarna menyebabkan murid- murid dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, lebih minat dan menumpulkan perhatian semasa saya menyampaikan isi pelajaran .Bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja boleh meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan, maka ia juga dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.
    Gerak balas, kemesraan, kontak mata yang baik dan melihat murid secara menyeluruh ketika proses pengajaran juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian isi pelajaran. Berkomunikasi secara bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan objektif dan matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan sepenuhnya.
    Aspek komunikasi bukan lisan juga membantu guru semasa menyampaikan pengajarannya. Aplikasi bahasa badan yang betul dan sesuai dapat menimbulkan situasi berkomunikasi dengan membantu menjelaskan mesej yang ingin disampaikan, menjadikan interaksi di bilik darjah lebih menarik serta menjadi petanda kepada komitmen dan kesungguhan guru dalam menyampaikan pengajaran.
    Selain itu,kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Menggunakan bahasa dengan tepat dalam menjelaskan isi pelajaran.memainkan peranan dalam kefahaman murid. Arahan yang diberi oleh saya jelas dan ringkas, ini memudahkan murid faham dan dapat melakukan tugas yang diberi oleh saya dengan tepat dan betul. Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

    KELEMAHAN
    Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro pengajaran ialah kekuatan dan kelantangan suara. Oleh sebab sekolah saya sedang menjalankan proses pembinaan bangunuan baru, jadi murid-murid terpaksa belajar di dewan. Dengan keluasan tempat dan terdapat 2 buah kelas lagi juga belajar di dalam dewan, apabila waktu menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran, suara saya akan dipengaruhui oleh suara pembelajaran kelas lain dan suara kegangguan yang dibunyikan oleh tapak pembinaan bangunan. Jadi, kadang-kala murid tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas.
    Dengan keadaan susunan meja murid, jadi saya tidak pemantauan kelas semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Saya hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap orang murid semasa menjalankan proses pengajaran , ini dapat membantu guru mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.

    LANGKAH MENGATASI
    Bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang, saya akan cuba berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta.
    Suatu perkara yang perlu dibaiki lagi ialah gambar alat bantu belajar mungkin kecil, murid yang duduk di belakang mungkin tidak dapat melihat dengan jelas. Saya akan melukis dengan besar lagi supaya murid yang duduk di belakang dapat melihat dengan lebih jelas.

    ReplyDelete