Friday, 14 October 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa


1. Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
*Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,  
    guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
*Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadikamukamu, andaanda,      
    mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
*Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
*Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)

6.Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan   
   kerabat diraja saja.
 

2.Kata Bilangan

1.    Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnyasatu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.

2.    Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan
himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
       (a)  *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
                  *Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)

  (b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
                 *Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)

  (c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
                 *Keduadua orang itu anggota polis. (betul)

  (d) *Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)
                 *Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul)

3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi  parapara. Lihatlah contoh      
    kesalahan dan pembetulan yang berikut:
   *Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
   *Para peserta sedang berbaris. (betul )
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus   
    dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
            *Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)

(b)        *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
                       *Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
 
3 Penjodoh Bilangan

1.    Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2.    Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata   
      bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan        
      sebilangan. Misalnya:
(a)        *para orang pelajar (salah)
          *  Para pelajar (betul)

(b)        *segala ekor binatang (salah)
            * segala binatang (betul)

(c)        *sekalian orang peserta (salah)
            * sekalian peserta (betul)

(d)        *seluruh buah negari (salah)
             *seluruh negeri (betul)

(e)        *semua orang gadis (salah)
            * semua gadis (betul)
 
4 Kata Sendi

1.    Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.

2.    Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif,   kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a)        *Ravi suka durian. (salah)
            * Ravi suka akan durian. (betul)

(b)        *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
  *Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)

(c)        *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
  *Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d)        *Kita mesti hormat guru. (salah)
  *Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)

(e)        *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
  *Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a)Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b)Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
(c))Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
(h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
(j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
(k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)

5 Kata Kerja Tak Transitif

1.    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang  
penuh.

2.    Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata,  
bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:
(a)        *Dia kata kepada saya. (salah)
             *Dia berkata kepada saya. (betul)

(b)        *Jangan lompat. (salah)
            *Jangan melompat. (betul)

(c)        *Dia senyum kepada saya. (salah)
           * Dia tersenyum kepada saya. (betul)
 
6 Kata Kerja Transitif

1.    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2.    Objeknya mestilah frasa nama.

3.    Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja   
     transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
     *Dia suka membaca buku (betul

(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
               *Ahmad menendang bola itu. (betul)

4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti  
    digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
                *Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
                *Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)

(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
               *Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
               *Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

7 Kata Tanya

1.              Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2.         Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana,    
           mengapa, dan siapa.

3.         Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.

4.         Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau  
            binatang saja.

5.        Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

6.         Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Nama kucing ini siapa? (salah)
            *Nama kucing ini apa? (betul)

(b)        *Apa nama anak saudara ini?      (salah)
  *Siapa nama anak saudara ini? (betul)

8 Kata Hubung

1.    Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak  
     memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2.  Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.
(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan  "agar)
(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

No comments:

Post a Comment