9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya
tetapi berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.
3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan
salah dalam ayat.
Kata dan Keterangannya | Contoh Kesalahan dan Pembetulan |
Adakah dan Apakah i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak khusus. iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah. | Salah (a) *Apakah benar ceritamu itu? (b) *Apakah Ali datang semalam? (c) *Apakah kamu bermimpi? Betul (a) Adakah benar ceritamu itu? (b) Adakah Ali datang semalam? (c) Adakah kamu bermimpi? |
Banyak dan Ramai i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang. ii. Kata ramai pula mempunyai Hubungan dengan keadaan Huh-rendah, riang, gembira, meriah, serbagist, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau keadaan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai. | Salah (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu. (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar (c )*Sudirman mempunyai peminat yang ramai. Betul (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu. ( b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar. ( c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak. |
Boleh dan Dapat i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan. ii Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata dapat diganti dengan kata boleh. | Salah (a)*Adik saya sudah boleh menungang basikal. ( b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman. ( c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk. Betul (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal. (b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam. (c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk. |
Bukan dan Tidak i. Kata bukan dan tidak tergolong dalam kelas kata nafi untuk membentuk ayat nafi. ii. Kata bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna- kan apabila frasa nama menjadi predikat ayat. | Salah (a) *Beg ini bukan berat. (b) "Adik bukan tidur di bilik. (c) *Dia bukan menulis surat. Betul (a) Beg ini tidak berat. (b) Adik tidak tidur di bilik. (c) Dia tidak menulis surat. |
Golong dan Gulung i. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan, tergolong, golongan, dan penggolongan. Tiap- tiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan menjadi bergulung, mengulung, ter- gulung, dan gulungan. iii. Kata golong dan gulung ini sering salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama bentuknya. | Salah (a) *Gulungan petani memerlukan bantuan. (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik. (c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang. (d) *Kakak sedang menggolong tikar. Betul (a) Golongan petani memerlukan bantuan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik. (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang. (d) Kakak sedang menggulung tikar. |
Menonton dan Menuntun i. Kata menonton bererti melihat sesuatu pertunjukan. Selain itu, ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata menuntun pula bererti me- mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya. iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama. | Salah (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam. (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama. (c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita. (d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola. Betul (a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam. (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama. (c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita. (d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola. |
Pedalaman dan Pendalaman i. Kedua-dua kata ini berasal daripada kata yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya. ii. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan. iii. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan. iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. | Salah (a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air. (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Betul (a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air. (b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. |
Pendapat dan Pendapatan i. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata yang sama (dapat) tetapiberbeza maknanya. ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. iii. Pendapatan pula bererti hasil pen- carian yang biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah. iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan pada tempat pendapat. | Salah (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa kebaikan. Betul (a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan. |
Tembok dan Tembuk i. Tembok bererti dinding atau halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding. ii. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kata ini pun boleh di- bentuk menjadi kata kerja menembuk yang bererti membuat lubang. iii. Kesalahan penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidak- pastian tentang ejaannya. | Salah (a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. (b) *Tapak kasut ini sudah tembok. (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik. Betul (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. (b) Tapak kasut ini sudah tembuk. (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik. |
No comments:
Post a Comment